Malang tidak berbau! Itulah perumpamaan yang paling sesuai menggambarkan detik cemas yang dihadapi keluarga kecil ini apabila motosikal yang ditunggang mereka tiba-tiba dihempap pokok tumbang semasa pasangan ini dalam perjalanan pulang dari rumah saudaranya. Lebih menyedihkan apabila kandungan pertama mereka yang berusia 8 bulan itu tidak dapat diselamatkan berikutan dengan kejadian tragis ini.

Tenang di syurga ya

Menerusi laporan Tribun News, pokok yang berada di Jalan Wates Jogja, Indonesia itu telah tumbang secara tiba-tiba dan menutupi jalan ketika pasangan ini melalui laluan tersebut. Pokok berkenaan kemudian menghempap suami, Endi Yogananti dan isteri, Israni Silvia Sujarman dan malangnya kejadian itu sekaligus telah menyebabkan wanita tersebut mengalami keguguran.

Pasangan ini dilihat begitu sebak kerana kandungan itu sudah mencecah 8 bulan dan hanya menanti hari sahaja untuk menyambut kelahiran anak pertama mereka. Tetapi malangnya, tidak sempat merasai detik gembira itu mereka kini terpaksa menanggung derita melihat anak kecilnya pergi buat selama-lamanya. Difahamkan juga, pasangan ini telah menyiapkan hampir 95% persiapan untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka.

Isteri dikejarkan ke hospital

Menceritakan kisah itu, Andi memberitahu sebaik sahaja melihat keadaan isterinya yang berada dalam kesakitan dia terus mendukung dan meminta bantuan orang ramai yang berada di situ sebelum isterinya itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mengalami pendarahan

Sementara itu, Endi mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan dan bahunya mengalami kesakitan sehingga tidak boleh digerakkan. Manakala si isteri pula mengalami keguguran kerana tulang belakangnya retak. Endi juga memberitahu bahawa isterinya turut mengalami pendarahan semasa membuang air kecil.

Sumber: Tribun News, TwitterBalkon Jogja, Oh Bulan!

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here