Mungkin kita tak nampak apa yang berlaku sebenarnya di luar sana tentang kekejaman rejim zionis terhadap umat Islam. Tetapi, baru-baru ini ada beberapa video yang tular di media sosial sehingga membuatkan Ohmedia berasa amat marah!

Kalau korang tengok video yang dimuatnaik oleh @BirdsOfJannah di Twitter dekat bawah ni, ada sekumpulan askar-askar rejim zionis sedang berseronok memusnahkan batu nisan di perkuburan Islam yang terletak di Syria. Tergamak sungguh hati mereka melakukan perbuatan seperti itu.

Adakah kami umat Islam masih dianggap sebagai ‘Terrorist’? Bukalah mata wahai dunia bahawa kami sebagai umat Islam tidak pernah melakukan perkara yang kejam. Ini semua adalah angkara rejim zionis.

Sikap mereka yang keji ini memang tidak boleh memaafkan kerana mempunyai perasaan yang tidak hormat kepada orang yang telah meninggal dunia tau. Bukan satu kubur je mereka musnahkan, malah hampir kesemuanya gais.

Perkara macam ni kita tak boleh nak dibiarkan. Walau bagaimanapun, kita sebagai saudara Islam haruslah menolong mereka dengan menyebarkan berita ni kepada satu dunia supaya mereka tahu apa yang sedang berlaku. Jangan lupa share okay?

Sumber: Twitter, Oh! Media

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here