Aura yang ditunjukkan oleh pendakwah terkenal nusantara, Ustaz Abdul Somad dari Indonesia sememangnya memang tidak dapat dinafikan.

Pada  minggu lalu, ceramah yang diadakan di Melaka telah menghimpunkan hampir 20,000 orang hadirin demi mendengar perkongsian yang disampaikan olehnya.

Di Kuantan, Pahang pula, para pendakwah negara serta mufti Pahang sendiri telah duduk bersila dengan ribuan lagi jemaah untuk menghayati isi penyampaian Ustaz Somad.

Selepas dua lokasi, Ustaz Somad telah hadir ke Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera pada Ahad lalu. Sama seperti sebelumnya, kehadiran pendakwah tersebut berjaya memancing ribuan umat Islam untuk sama-sama mendengar perkongsian ilmu.

Lautan manusia telah berhimpun di Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu pada malam itu dengan ceramah daripada pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus serta Ustaz Somad.

Kawasan tersebut juga dilihat bercahaya dari arah udara serta nampak dengan jelas begitu ramai orang berada di sana.

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian gambar-gambar daripada Facebook sumber iaitu Bilal Permata, ramai yang telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa terharu dengan penyatuan umat Islam.

Mereka juga turut mengangumi aura yang dibawa oleh pendakwah-pendakwah tersebut sehingga berjaya menarik ribuan ummah untuk sama-sama mendengar perkongsian ilmu yang bermanfaat itu.

Sumber : Bilal Permata, Urus Setia Penerangan Darul Iman, Info Sebenar

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here