Semakin hari, kes buli dalam kalangan pelajar sekolah semakin meningkat naik. Hal ini amat membimbangkan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah. Bukan itu sahaja, kes buli ini boleh memberi kesan kepada mangsa buli pada masa akan datang.

Menerusi Facebook, Jabatan Netizen Malaysia berkongsi satu video rakaman kes buli pelajar sekolah. Seorang pelajar dipukul bertubi-tubi dan tidak melawan langsung. Kejadian yang berlaku di dalam kelas sebuah sekolah telah mendapat perhatian netizen.

Rakan lain bersorak

Hebat budak ni.. bila nak kena kutip bgtau yer..Sumber : jabatan netizen malaysia

Posted by Malaysia viral on Tuesday, 11 February 2020

Menerusi video tersebut seorang pelajar dibelasah pelajar lain tanpa melawan. Turut kelihatan pelajar lain yang bersorak ketika kejadian. Pelajar yang membuli itu memukul dan menendang mangsa secara berterusan tanpa belas kasihan. Walaupun di dalam kelas berkenaan mempunyai ramai pelajar lain, tiada seorang yang datang menghulurkan bantuan.

Dapat kat aku mahu kena tibai

Rata-rata netizen mengecam tindakan pelajar berkenaan kerana tidak mencerminkan keperibadian seorang pelajar. Tindakan rakan lain yang bersorak ketika kejadian turut dikecam.

Sumber: Jabatan Netizen Malaysia, Oh Bulan!

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here