KUALA LUMPUR : Isu identiti membabitkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat akan dirujuk ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya berkata, JAIS mempunyai langkah sesuai dalam mengendali isu berkenaan.

“Agar kerja yang dilakukan bijaksana, hikmah dan tuntas.

“Kali ini kita sudah mohon kerjasama JAIS untuk mengambil langkah yang bersesuaian di bawah bidang kuasa negeri Selangor,” katanya dalam ciapan di Twitter beliau hari ini.

Paimuzi mengulas kenyataan Sajat semalam, yang memaklumkan sedia bertemu JAKIM untuk menyelesaikan isu identiti dirinya melalui saluran rasmi, selepas kontroversi yang tercetus ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Sajat mahukan panduan jelas dan terperinci bagi menyelesaikan isu identiti dirinya, selain mendakwa usahanya sebelum ini tidak mendapat kerjasama penuh daripada agensi agama itu.

Sebelum ini, tindakan Sajat memakai telekung ketika mengerjakan ibadat umrah dan berkongsi paparan menerusi media sosial menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Kontroversi itu menarik perhatian pelbagai pihak termasuk mufti, malah mencetuskan kebimbangan kepada Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) jika Arab Saudi menarik balik penggunaan visa pelancongan kepada jemaah Malaysia.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here