Didakwa sudah tiga tahun melarikan diri, wanita memburu seorang lelaki yang dikatakan tidak mahu membayar hutang kerosakan kereta. Menerusi satu tweet, wanita ini mendakwa kereta tersebut dipinjam dari abangnya. Sehingga kini, lelaki itu tidak tampil membantu menyelesaikan urusan walaupun sudah menghubungi keluarga, teman wanita dan rakan baik.

Bertahun pendam

Kata wanita ini, dia sudah cuba menghubungi orang terdekat supaya memaklumkan lelaki tersebut mengenai hutang yang tertunggak. Namun tiada kerjasama diberikan.

Ingat dah mati

Selepas viral di laman sosial, lelaki ini akhirnya memberi respon di Instagram. Namun masih berdegil untuk membayar tunggakan. Wanita ini menjelaskan lagi dia sudah membuat laporan polis mengenai kes ini pada tahun lepas.

Mengaku salah bagi pinjam

Mengaku salah memberi pinjam kereta abang kepada orang lain, wanita ini menjadikan kisah ini pengajaran paling berguna dalam hidupnya. Dia juga memohon maaf kerana terpaksa melibatkan orang lain termasuk keluarga dan teman wanita baru lelaki tersebut.

Jadikan pengajaran

Sumber : Twitter, Oh Bulan!

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here