Bermacam-macam cara akan digunakan oleh mereka yang ingin mendapatkan taraf kewarnegaraan di negara kita.

Jika sebelum ini ada sindiket yang yang menjual dan ada yang memalsukan kad pengenalan semata-mata untuk membolehkan warga asing ini mendapatkan keistimewaan sebagai rakyat negara kita, kini timbul pula satu lagi cara yang diusahakan oleh mereka-mereka ini.

Dilihat lebih berani, sindiket yang dikepalai wanita tempatan berusia 40 tahun itu dikatakan membekalkan beberapa dokumen seperti sijil kelahiran dan sijil perkahwinan untuk dibawa warga asing ini ke Pejabat Pendaftaran Negara bagi memohon MyKad.

Bagaimanapun, cubaan mereka untuk menipu pihak berkuasa dengan membawa segala dokumen tersebut akhirnya tertangkap pada semalam.

Menerusi pemeriksaan lanjut pegawai ketika warga asing tersebut hadir membuat permohonan MyKad mendapati nombor MyKad, gambar dan cop jari yang terdapat dalam database mereka tidak menyamai maklumat yang diberikan warga asing tersebut.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton berkata dua warga asing tersebut masing-masing  yang berusia 16 tahun dan 30-an yang berasal dari Filipina itu juga mengepilkan wang berjumlah RM5,000 bersama permohonan mereka.

Entah apa yang difikirkan oleh mereka-mereka yang cuba mendapatkan kewarnegaraan Malaysia ini lebih-lebih lagi dengan cara menipu. Sepatutnya, warga asing yang mahu menjadi warga Malaysia haruslah mengikuti proses-proses yang telah ditetapkan pihak kerajaan.

Sumber: The Vocket

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here