Panas terik di ibu kota tidak menghalang lebih 300 peserta berhimpun untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di istana negara hari ini.

Himpunan tersebut, yang merupakan anjuran NGO Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) bertujuan memohon campur tangan baginda berkaitan dakwaan penghinaan terhadap institusi raja, Melayu dan Islam.

Seawal jam 8 pagi, peserta yang kebanyakannya mengenakan baju Melayu serta bertanjak seperti pendekar mula berhimpun dan bersiap sedia di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan.

Mereka juga kelihatan mengibar bendera yang tertera tulisan seperti “Patuhi Rukun Negara”, “Komunis adalah Pengganas” dan “Menjunjung Titah Tuanku”.

Sebelum ke Istana Negara, Timbalan Presiden Pembela, Masrizi Sad memaklumkan kepada peserta bahawa tiada perarakan diadakan susulan tidak mendapat kebenaran pihak polis.

“Kita tidak akan berarak tetapi akan menaiki kereta sendiri diiringi pihak polis di sana,” katanya.

Usai memberi taklimat tepat jam 11.15 pagi, peserta mula menaiki kereta sendiri untuk ke Istana Negara.

Bagaimanapun, hanya tiga wakil dibenarkan masuk, manakala peserta lain menunggu di hadapan pagar istana.Selepas kira-kira 40 minit, ketiga-tiga wakil berkenaan keluar dari istana dan disambut oleh peserta perhimpunan yang menanti di luar.

Turut kelihatan ialah Setiausaha Sulit Kanan Yang Di Pertuan Agong, Kolonel Nazim Mohd Alim. Menurut Masrizi, memorandum berkenaan diserahkan kepada Kolonel Nazim untuk disampaikan kepada Agong.

“Kita hantar memorandum kerana percubaan pihak tertentu yang jelas menolak kedaulatan Raja Melayu serta agama dan ini termasuk perkara dalam isu tulisan Jawi dan komunis yang baru berlaku, jadi ini mengancam keselamatan negara,” katanya.

Ditanya sama memorandum yang sama akan diserahkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Masrizi menjelaskan pihaknya akan melihat keadaan dahulu.

“Kerajaan pun sekarang dalam keadaan tak tentu, mereka pun ada masalah sesama sendiri, bagaimana nak mengadu,” katanya. 

Depan Pintu 3 istana Negara, penyerahan Memorendum kepada Yang Dipertuan Agong

Posted by BMF MEDIA TV – official on Friday, 14 February 2020
Sumber : BMF MEDIA TV

SUMBER : Malaysiakini

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here