Memang tidak dapat dinafikan, gangguan jin terhadap manusia seperti rasuk, santau, sihir dan sebagainya seakan-akan sudah menjadi fenomena khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu. Makhluk ini berupaya untuk berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain yang kadangkala boleh merasuki tubuh seseorang.

Kebiasaannya apabila berdepan dengan situasi seperti ini mereka pasti akan merujuk kepada pihak yang lebih berpengalaman untuk merawat individu yang ‘terkena’ gangguan jin ini. Namun, lain pula kisahnya dengan seorang pengamal perubatan, Ustaz Noradzri Medzlan apabila dia telah ‘diserang’ oleh seorang wanita yang dirasuk makhluk halus ketika hendak merawatnya.

‘Halkum aku tenggelam dah’

Aku tak sedia lagi lah.. Tak aci betul!!.. Bergegar otak aku. Halkum aku tenggelam dah.Tamparan wanita.?

Posted by Norazri Medzlan on Thursday, 13 February 2020

Menerusi video berdurasi 0:05 saat yang dimuatnaik seorang pengamal perubatan, Ustaz Norazri Medzlan di laman Facebooknya, memaparkan dia sedang memakai sarung tangan untuk merawat seorang wanita yang dirasuki makhluk halus. Tetapi lain pula yang jadinya apabila ustaz ini secara tiba-tiba telah ditampar oleh wanita yang lengkap bertelekung tanpa sempat memulakan apa-apa bacaan untuk merawatnya. Tidak cukup dengan itu, ustaz ini juga dilihat seperti dicekik oleh wanita berkenaan sehingga dia terpaksa bergelut untuk melepaskan dirinya.

Aku tak sedia lagi lah. Tak aci betul! Bergegar otak aku. Halkum aku tenggelam dah. Tamparan wanita.

‘Tak tahu nak gelak ke nak kesian’


Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dan rata-rata daripada mereka terhibur melihat tindakan spontan wanita berkenaan. Malah, tidak kurang juga ada di antara mereka yang bersimpati dengan nasib yang menimpa pengamal perubatan itu.

Sumber: Norazri Medzlan, Oh Bulan!

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here