BATU meteor atau bebola api?

Demikian soal seorang netizen berhubung rakaman tular yang mula tersebar di media sosial sejak Rabu lalu.

Menerusi rakaman itu, satu objek misteri bercahaya kelihatan melintasi ruang udara Johor Bharu (JB) sekitar pukul 5 pagi sebelum ia meletup dan hilang secara tiba-tiba.

Dirakam daripada kamera dashboard sebuah kenderaan, visual berdurasi 12 saat itu sehingga kini menerima lebih 213,000 tontonan di Facebook.

la dikongsi oleh seorang individu menerusi Facebook All Singapore Stuff dan turut dihujani pelbagai komen orang ramai.

“Wah apa yang jatuh dari langit pagi ini di JB?” tulis kapsyen pada perkongsian rakaman itu.

Paparan skrin rakaman yang kini berlegar di laman Facebook.

Selain bimbang dan tertanya-tanya mengenai objek misteri itu, ada sebilangan netizen turut berjenaka mengenainya.

Malah, ia turut dikaitkan dengan karakter filem adiwira Iron Man, Thanos, Terminator serta makhluk asing dan objek terbang tidak dikenali (UFO).

Dalam pada itu, seorang pelayar Facebook turut mengakui melihat objek sama di lokasi berlainan di Loyang, Singapura.

“Nampak benda ni di Loyang pukul 5 pagi. Masa yang sama. Ingatkan Singapura diserang. Syukur ia bukan halusinasi,” tulis Izzat Asyraff Nahrawi.

“Batuan meteor. Jarang kita dapat lihat, mungkin lebih banyak pada masa akan datang.

Wah, apa yang jatuh dari langit pagi ini di JB?

Pelayar Facebook

“Permandangan biasa pada waktu malam. Sama ada hujan meteor atau objek seperti serpihan yang jatuh dari langit, yang bertebaran dalam atmosfera kita.

“Serpihan jatuh dari langit. Kiamat sudah dekat.

“Komet melintasi bumi. Sudah biasa berlaku.

Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang pihak tampil menjelaskan fenonema aneh itu.

Malah, kehadiran objek bercahaya di langit itu kekal menjadi misteri dalam kalangan netizen yang tidak henti-henti berteka-teki mengenainya.

Bright falling light JB

Wah what fell from the sky this morning in JB?<Contribution by Khun>

Posted by All Singapore Stuff on Wednesday, 12 February 2020

Sumber: mStar

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here