Meskipun sudah banyak berita melaporkan tentang bahana membuat prank, masih ramai yang giat melakukannya khususnya anak muda. Suatu ketika dahulu, prank menjadi platform untuk kita menyakat teman-teman rapat dengan cara lucu sehingga dapat menghiburkan hati. Malangnya sekarang, kebanyakan orang tidak dapat membezakan mana satukah prank yang sesuai dibuat atau pun tidak sehingga sanggup mengancam nyawa orang lain demi memuaskan hati sendiri.

Harap orang Malaysia tak buat

Entah siapalah yang memulakannya, namun sebuah prank yang diberi nama sebagai Skull Breaker Challenge (Cabaran Tengkorak Pecah) seakan menjadi ikutan masyarakat di negara luar. Cabaran ini melibatkan 3 individu di mana 2 orang yang berada di bahagian tepi akan melompat terlebih dahulu. Sesudah mereka mendarat ke lantai, orang di bahagian tengah pula diberikan arahan untuk meloncat. Tanpa disedari, kakinya bakal disepak serentak oleh 2 orang di sebelah sebelum mereka jatuh terbaring ke belakang.

Jatuh terhentak sampai alami kecederaan teruk

Lebih teruk lagi, semua video di atas menunjukkan bahawa mereka membuat prank itu di kawasan berlantai keras tanpa sebarang alas. Meskipun masih ada yang berpeluang ketawa selepas melihat rakan mereka jatuh dengan lucu, sesungguhnya malang itu memang tidak berbau. Menurut laporan daripada Heavy.com, cabaran ini mula dibuat di Amerika Selatan dan sudah menjadi viral menerusi aplikasi TikTok. Bahkan ia mampu meragut nyawa memandangkan orang yang jatuh terhentak itu akan mengalami kecederaan teruk khususnya di kepala serta tulang belakang.

Sumber : Twitter adhamtrose, afiqaideed, Instagram danielzamri, portal Heavy.com, daily dot, erin sakura

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here