Daripada “Abu Umamah Al Bahily radhiyallahu ‘anhu berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah Al Quran karena sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada orang yang membacanya” (HR. Muslim). Berdasarkan petikan hadis tersebut, kita diberi gambaran yang indah tentang ganjaran membaca Al-Quran. Al-Quran merupakan kitab yang diturunkan kepada Nabi Terakhir kita iaitu Nabi Muhammad Salallahualihi Wasalam. Mempraktikkan pembacaannya dalam kehidupan dapat memberikan ketenangan kepada pembacanya.

Sehubungan itu, keindahan Al Quran disulami juga dengan hukum-hukum tajwid yang telah ditetapkan. Jumlah harkat yang berbeza, dengan dengung atau tanpa dengung pada setiap perkataan atau huruf mewujudkan seolah-olah melodi dalam pembacaannya. Bukan itu sahaja, hukum tajwid yang ditetapkan bagi setiap ayat atau perkataan boleh memberi maksud yang berbeza walaupun dengan perbezaan yang sedikit sahaja. Maha Kaya Sungguh Maha Pencipta bukan? Mampu mencipta sebuah kitab yang sungguh indah bahasanya di samping bait-bait tajwid yang mampu memberi maksud yang tersendiri. Oleh itu, amatlah wajar dikatakan bahawa setiap orang Islam wajib membaca al-Quran dengan betul walaupun hukum mempelajari tajwid ialah sekadar fardhu kifayah.

Walau bagaimanapun, di era yang serba maju ini kita tidak perlu risau lagi tentang sumber untuk mempelajari tajwid kerana semuanya kita boleh perolehi dengan mudah. Satu produk yang diberi nama Roda Pintar Tajwid telah dicipta bagi membantu ummat Islam agar boleh mempelajari tajwid dengan mudah terutama bagi para pelajar.

Roda Pintar Tajwid adalah alat bantuan mengajar tajwid pertama di Malaysia yang mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran. Cara pengaplikasian produk ini juga mudah iaitu memerlukan pelajar memusingkan roda kertas bagi memadankan hukum tajwid dengan huruf yang dicari serta warna sepadan untuk mengenal pasti nama hukum dan cara bacaan.

Untuk mendapatkan produk ini, mudah sahaja iaitu anda boleh layari laman facebook www.facebook.com/rodpintartajwid atau cari di shopee

hanya whatsapp di https://wasap.co/60193975368/rodatajwid-bmf

Untuk video tutorial anda boleh tekan link ini —->> http://bit.ly/rodapintartajwid

Mudah bukan? Jadi tiada alasan kita untuk tidak belajar ilmu tajwid kerana semua ini demi kebaikan kita bersama.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here