ISKANDAR PUTERI, 17 Feb — Pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Matthew Davies kini sah menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah pemilihan bekas pemain pertahanan Pahang itu merupakan satu pelaburan jangka panjang buat kelabnya itu.

“Ia satu pelaburan terbaik kerana beliau baru berusia 25 tahun dan ia satu pelaburan jangka panjang untuk JDT.

Kami berbesar hati ada pemain (seperti beliau) yang mempunyai sikap profesionalisme dan berkualiti dalam pasukan kami,” titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Pengenalan Pemain Baharu kelab itu di Ibu Pejabat JDT, di sini, hari ini.

Turut hadir, Jurulatih JDT Benjamin Bora dan Pengurus Pasukan JDT, Luciano Gabriel Figueroa.

Tunku Ismail, bagaimanapun tidak mendedahkan nilai perpindahan bagi menarik pemain pertahanan kebangsaan itu.

Tunku Ismail bertitah sejak tiga hingga empat tahun lepas, baginda memerhati permainan Matthew Davies yang mempunyai banyak pengalaman ketika beraksi mewakili pasukan Pahang.

Sementara itu, Matthew berjanji untuk mempamerkan aksi terbaik selain mencipta lebih banyak sejarah buat JDT.

Saya akan menyumbang kepada kejayaan berterusan JDT  selaku satu jenama dan kelab bola sepak. Selain itu, saya teruja untuk bekerja dengan pengurus dan jurulatih baharu saya,” katanya.


Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here