Sebelum ini Ohmedia ada naikkan artikel mengenai sebuah kapal persiaran mewah yang kini dikuarintin di Pelabuhan Yokohama, Jepun dan lebih 400 orang penumpang kapal terbabit telah disahkan positif COVID-19.

Tapi apa yang agak mengejutkan, rupa-rupanya rakya Malaysia juga ada di dalam kapal persiaran terbabit dan dua orang rakyat Malaysia turut telah disahkan positif COVID-19. Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memaklumkan perkara itu melalui Facebook miliknya.

Terdapat dua rakyat Malaysia yang disahkan positif COVID-19 dan dua lagi masih menunggu keputusan ujian COVID-19 di atas kapal tersebut. Kedua-dua mereka yang positif sedang dirawat di Jepun. – Tulisnya.

Sumber: BERNAMA, Oh! Media

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here