Umum mengetahui, dalam melangkah ke era 2020, pencapaian Malaysia dalam bidang kesihatan boleh dianggap berada dalam lingkungan tahap yang baik dan berkualiti . Walau bagaimanapun, masih ada lagi pihak-pihak yang sering tidak berpuas hati dengan sistem yang wujud di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan.

Diakui bahawa terdapat kekurangan dan kelemahan dalam sistem ini. Pastinya kita pernah mengalami waktu di mana kita perlu menunggu dalam jangka masa yang lama untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital-hospital kerajaan. Orang kata , ” normalla kalau kita terpaksa menunggu lama kalau pergi hospital kerajaan kan”. Hal ini sememangnya tidak disangkal lagi .

Namun begitu , sebagai individu yang mempunyai common sense tersendiri, kita sepatutnya mampu memikirkan kondisi hospital kerajaan yang dikunjungi ramai orang. Tambahan lagi, dengan isu yang mengatakan bahawa bilangan doktor yang tidak mencukupi. Rakyat wajar menyematkan sifat bertolak ansur dalam hal ini.

Baru-baru ini telah tular video seorang doktor yang dikatakan mengamuk menyuruh pesakitnya keluar dari ruangannya di sebuah klinik kesihatan. Selain perkataan, “Kau tak boleh tunggu, kau keluar !”, yang keluar daripada mulut doktor dalam video ini, selainnya tak tahu hujung pangkal cerita.

Kelinik kesihatan seremban,cara doktor ini perlu perhatian KKM

Posted by Gurdlp Slngh on Monday, 17 February 2020
Credit: Gurdlp Slngh

Menurut seorang pengguna facebook bernama Murugan Ramasamy yang dipercayai individu yang memuat naik video tersebut, dia bersama dengan adik-beradiknya telah datang ke Klinik Kesihatan Seremban untuk memeriksa kesihatan kerana mangalami selesema dan batuk teruk. Namun, dia tidak pun diperiksa oleh doktor tersebut tetapi terus diberi ubat. Ubat yang diberikan pula dikatakan ubat yang salah. Kemudian, setelah berulang alik beberapa kali dari farmasi ke ruangan doktor untuk mendapatkan ubat yang betul, doktor tersebut mengamuk dan menghalau mereka daripada bilik tersebut.

Netizen Bersimpati

Walau bagaimanapun, video yang berdurasi 28 saat yang pada awalnya dianggap mampu memburukkan nama baik doktor tersebut telah mendapat reaksi yang bertentangan daripada para netizen. Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut kerana dianggap tidak menghormati profession seorang doktor yang penat merawat pesakit yang ramai. Tambahan juga, lelaki tersebut dianggap telah melanggar peraturan untuk tidak merakam atau mengambil gambar semasa berada dalam bilik rawatan.

Bukan itu sahaja, netizen juga meminta agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk berlaku adil semasa melakukan siasatan dan tidak bersumberkan video viral ini semata-mata.

Isu telah diselesaikan

Berikutan isu ini, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) telah mengeluarkan kenyataan di Facebook rasminya dan mengatakan hal ini telah pun diselesaikan melalui perbincangan kedua-dua belah pihak. Mereka meminta agar orang ramaian tidak membuat andaian terhadap mana-mana pihak di samping mengingatkan orang ramai untuk mematuhi larangan mengambil gambar atau merekam video tanpa kebenaran.

Sumber: Lobak Merah

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here