Walaupun semalam baru saja mengeluarkan kenyataan menerusi Ria X, Ali Puteh telah membuat sidang media berhubung isu tular melibatkan dirinya dan balu Allahyarham Abam petang tadi.

Kira-kira 45 minit berlangsung, Ali itu telah menjelaskan kemelut yang melanda seperti yang diketahui umum sebelum ini di sidang media tersebut.

Di antara isu yang diperjelaskan bersama driver Allahyarham Abam dan juga bapa saudara mereka adalah berkaitan kereta di mana Allahyarham mempunyai dua buah kereta iaitu Velfire dan Myvi.

Selain itu adalah isu dompet Allahyarham yang dipegang oleh Ali kerana menurutnya ada pelbagai urusan perlu diselesaikan dahulu.

Mengulas isu keluar dari rumah sehelai sepinggang, Ali memberitahu itu adalah keputusan isteri Allahyarham sendiri yang mahu keluar dari rumah tersebut pada hari ke enam Allahyarham ‘pergi’.

Malah menurut Ali lagi, anak ALlahyarham telah dibawa ke klini menaiki kereta Myvi dan bukannya Grab seperti yang didakwa.

Ali mohon maaf

Malah, dengan rendah hati Ali telah memohon maaf kepada balu Allahyarham Nor Hidayah dan seluruh rakyat Malaysia yang terguris dengan apa yang telah dilakukannya.

Ali juga sempat memohon agar pemilik saluran YouTube Tv Terlajak Laris iaitu Datuk Alif Syukri untuk pergi meminta maaf kepada ibunya berhubung masalah yang telah berlaku.

Di akhir sidang mediua tersebut, Ali Puteh memberitahu beliau sedia berundur diri dari dunia industri komedi sekiranya tidak diperlukan lagi.

“Saya secara jujurnya, jika saya tidak diperlukan lagi dalam industri hiburan tanah air, saya rela undur diri dari industri ini.”

Video live sidang media Ali Puteh

Penjelasan Ali Puteh mengenai balu Allahyarham Abam.

Penjelasan Ali Puteh mengenai balu Allahyarham Abam.

Posted by YOY Network on Friday, 21 February 2020

Sumber: YOY Network

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here