Bekas perdana menteri Najib Razak bersama-sama isteri dan anaknya dilaporkan ke Bank Negara Malaysia hari ini untuk memeriksa barangan yang didakwa berkaitan 1MDB yang dirampas oleh polis dua tahun lalu.

Menurut The Star Online, Najib, Rosmah Mansor dan Nooryana Najwa tiba secara berasingan kira-kira pada pukul 9.15 pagi.

Pada 17 Mei 2018, polis dalam serbuan di kondominium mewah Pavilion Residences merampas sejumlah beg tangan, barangan kemas dan wang tunai dalam pelbagai mata wang yang didakwa milik keluarga itu.

Polis kemudian mendedahkan barangan rampasan tersebut, iaitu wang tunai berjumlah RM116.7 juta dalam 26 mata wang, 567 beg tangan mewah, 423 utas jam tangan, 234 cermin mata hitam, dan 10,114 bentuk barang kemas.

Menurut polis, nilai keseluruhan rampasan adalah RM686.37 juta, tetapi nilainya dalam pasaran semasa (pada Jun 2018) boleh meningkat antara RM910 juga sehingga RM1.1 bilion.

Sejumlah barangan tersebut disimpan di peti rahsia di Bank Negara sementara perbicaraan Najib berjalan.

Image result for najib rosmah ke bank negara periksa barang disita

Pada 3 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Najib dan keluarganya memeriksa secara fizikal barangan tersebut.

Pihak pendakwaan menetapkan 22, 23, 29 Februari dan 1 Mac untuk pemeriksaan dibuat.

Peguam Najib meminta masa dua minggu untuk pemeriksaan tetapi Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan berkata masa yang diberikan sudah memadai.

Sumber: Malaysiakini

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here