KUALA LUMPUR – Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Masters Sepanyol berakhir selepas wakil negara termasuk satu pasangan beregu, tewas kepada lawan masing-masing dalam perlawanan separuh akhir di Barcelona, Sepanyol pada Sabtu.

Gandingan beregu negara yang juga pasangan pilihan kedua, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal meneruskan kecemerlangan mereka dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$170,000 (RM712,456) itu, setelah tewas 16-21 dan 22-24 kepada pasangan pilihan keempat Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen.

Image result for Cabaran negara pada Masters Sepanyol berakhir

Ia merupakan kekalahan ketiga mereka kepada pasangan Denmark itu daripada tujuh pertemuan.

Sementara itu, pemain perseorangan profesional negara Liew Daren turut menghadapi nasib sama selepas tumpas 10-21 dan 19-21 kepada pasangan dari Denmark yang juga beregu pilihan utama dan nombor lima dunia, Viktor Axelsen.

Image result for Cabaran negara pada Masters Sepanyol berakhir

Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam laman sesawang www.bwfbadminton.com, Kim dan Anders akan bertemu pasangan pilihan utama Lee Yang dan Wang Chi-Lin pada final hari ini selepas beregu dari Taiwan itu menundukkan rakan sepasukan mereka, gandingan pilihan ketujuh, Lu Ching Yao dan Yang Po Han; 21-14 dan 21-16.

Sumber: MalaysiaGazette

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here