KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam satu kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah

Shah juga berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Image result for tun m perdana menteri interim

Pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim itu dilakukan mengikut Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai Perdana Menteri interim, Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan anggota Kabinet baharu dilantik.

Image result for tun m perdana menteri interim

Difahamkan, Dr Mahathir menghantar surat peletakan jawatannya ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini di Istana Negara.

Dr Mahathir juga mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuat kuasa serta-merta.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here