KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini membatalkan pelantikan semua menteri atas nasihat Perdana Menteri.

Gambar hiasan

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam satu kenyataan di sini, malam ini berkata, perkara itu adalah selaras dengan peruntukan Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan, seiring peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri hari ini.

Sehubungan itu, katanya, tugas anggota pentadbiran merangkumi timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik turut terhenti pada tarikh sama.

Susulan peletakan jawatannya hari ini, Dr Mahathir dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri interim mengikut Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia bagi membolehkan Dr Mahathir menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan anggota Kabinet baharu dilantik.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here