Mengimbas sorotan media kebelakangan ini,nama jutawan kosmetik Aliff Syukri sering dikaitkan dengan isu-isu panas yang menghangatkan ruangan-ruangan media sosial. Baru-baru ini nama individu ini turut mencetus kontroversi apabila dikatakan memecahbelahkan keluarga Allahyarham Abam Bocey melalui video ‘live’ beliau.

Namun begitu, orang kata roda kehidupan akan sentiasa berputar. Beberapa hari kemudian, Aliff Syukri pula dikejutkan dengan tertularnya sebuah video yang dimuat naik oleh seseorang yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq yang mendakwa bahawa produk yang dikeluarkan oleh beliau adalah “tidak halal”. Hal ini dikatakan telah menyebabkan kerugian yang besar buat jutawan kosmetik tersebut.

Disebabkan hal ini, satu kenyataan saman terhadap Ustaz Abu Syafiq telah dikeluarkan dalam satu sidang media.

Kredit: Murai

Walau bagaimanapun, hal ini tidak mengoyahkan pendirian ustaz Abu malah beliau tampil dengan satu video yang mendakwa bakal menyaman balas Dato Aliff Syukri.

RM 1 Billion saya akan saman balas Aliff Syukri

Posted by Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary on Monday, 24 February 2020

” Baru kena buku dengan ruas”, begitulah kenyataan Ustaz Abu dalam video tersebut. Beliau akan menyaman Dato Aliff sebanyak 1 billion ringgit atas dakwaan telah menghina dirinya. Ustaz Abu juga menegaskan bahawa beliau tidak takut dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Justeru, beliau berani dengan kebenaran yang beliau ketahui dan bersedia untuk mengemukakan bukti untuk melawan balik kenyataan saman oleh Dato Aliff Syukri.

Apa-apa pun kita doakan yang adanya penyelesaian yang terbaik untuk kedua belah pihak.
Sama-sama kita doakan.
Amin!

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here