KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta semua pihak bersabar dan memberi ruang kepada baginda melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua negara.

Hadir sendiri bagi menyantuni dan menyampaikan bungkusan makanan segera McDonald’s kepada kumpulan petugas media yang ‘berkampung’ di luar pintu 2 Istana Negara tengah hari tadi, Al-Sultan Abdullah bertitah ringkas dalam bahasa Inggeris:

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menyampaikan makanan kepada wakil media di perkarangan pintu masuk pintu 2 Istana Negara. NSTP/Hairul Anuar Rahim

“We are very concerned. Be patient. Let me do my duty. I hope to find the best solution for the country.” (Kita amat prihatin. Bersabarlah, biar saya laksanakan tanggungjawab. Saya berharap dapat mencari jalan penyelesaian terbaik demi negara).

Tampil berkemeja biru dan bertali leher, baginda kelihatan cerita dan mengambil berat keadaan petugas media yang membuat liputan suasana perkembangan mutakhir politik serta pentadbiran semasa negara.

Apa yang pasti, sumbangan makanan itu melegakan petugas media yang berada di situ sejak awal pagi tadi.

Semalam, baginda turut meminta pegawai Istana Negara menghantar makanan segera KFC kepada petugas media.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here