KULIM: Seorang lelaki melecur pada kedua-dua belah kaki selepas lori yang diparkir di tepi jalan tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Kampung Banggol Berangan, dekat sini, hari ini.

Mangsa Mohd Shukri Abdul Manaf, 36 tahun, dilaporkan sedang mengerang kesakitan sewaktu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah tiba untuk memberikan bantuan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9 pagi.

Lori tiga tan yang terbakar dalam kejadian pagi ini. Astro AWANI

“Sepasukan anggota bomba tiba di lokasi, mendapati kebakaran membabitkan sebuah lori tiga tan yang diletakkan berhampiran rumah.

“Anggota Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang tiba memberi rawatan awal kepada mangsa,” katanya.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

Sumber: Astro Awani


infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here