PUTRAJAYA: Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik di Pejabat Perdana Menteri, di sini.

Pejabat Perdana Menteri pada Selasa memaklumkan, antara pemimpin parti politik yang hadir ialah Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dari Gabungan Parti Sarawak, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR).Pemimpin lain ialah Lim Guan Eng (DAP), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) dan Mohamad Sabu (Amanah).

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri turut memberitahu, Dr Mahathir juga mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bebas).

Dr Mahathir juga dijangka bertemu Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal esok.

Sumber: Astro Awani

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here