Dari sebuah bengkel biasa dan sekarang menjadi sebuah pusat servis pelbagai perkhidmatan (one stop centre workshop) untuk semua kenderaan adalah kepunyaan wanita Melayu pertama seumpamanya di Malaysia. Bengkel Azam Motor yang hampir sempurna ni adalah milik Puan Mastinah dan suami yang bertempat di Banting, Selangor.

Wanita Melayu pertama miliki ‘One Stop Centre Workshop’

Pada awal penubuhan bengkel pada tahun 1990 yang diasaskan suaminya, Encik Mispan, konsep ‘One Stop Centre Workshop‘ diubah sedikit demi sedikit setelah diterajui bersama Puan Mastinah selepas itu.

Sehingga sekarang, bengkel Azam Motor telah mempunyai kepakaran servis untuk segala kerosakan; perkhidmatan tayar & alignment, bodywork & painting, tunda kenderaan, refurbishmentpenyaman udara, sistem hidraulik dan banyak lagi.

Mereka boleh memberi servis dari sekecil motosikal hingga sebesar lori treler. Servis khidmat pelanggan mereka juga cukup baik.

Bengkel ini turut mempunyai bilik menunggu yang selesa dengan penyaman udara dan juga siaran televisyen Astro.

Kerusi urut juga disediakan sambil diserikan lagi dengan minuman dan makanan ringan untuk refreshment sementara pelanggan menunggu kenderaan diservis.

Ruang menunggu

Bilik solat untuk lelaki dan wanita pun diasingkan. Alhamdulillah, tiada pertembungan atau berebut bila masuk waktu solat.

Selain itu, mereka mempunyai cawangan di Kajang, Salak Tinggi dan Sungai Petani. Pekerja mereka seramai 65 orang (pengurusan + operasi) dan hampir kesemua pekerja Melayu Islam yang kebanyakannya anak-anak muda.

Dari segi harga, kepakaran servis dan khidmat mesra pelanggan, kami syorkan untuk datang dan baiki di sini. Cas bateri dan tampal tayar pun disediakan secara percuma.

Perancangan mereka selepas ini adalah ke arah 4S (servicesalespare parts dan body paint services). Bengkel ini terletak di Lot 512, Jln Morib, Kanchong Darat, 42700 Banting, Kuala Langat Selangor.

Boleh hubungi mereka di talian di bawah:-

Facebook : https://www.facebook.com/azammotorbantinghq/
Page : Azam Motor Banting – HQ
Whatsapp (Kak Mas) : https://wasap.co/60162065161/AzamMotorBanting-bmf

Sumber: Motoqar

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here