KUALA LUMPUR – Seorang lelaki melecur di tapak kaki ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah dan dua bengkel kereta di Taman Setapak di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, mangsa berusia 42 tahun diberi rawatan awal oleh unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Mohd Shahrir berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 1.13 pagi.

“Sepasukan 41 anggota dan pegawai bersama lapan jentera dari Balai Bomba Setapak, Wangsa Maju, Sentul dan Keramat bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian kita mendapati kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis separuh kekal dan dua bengkel kereta berkeluasan 90 x 40 kaki persegi,” katanya.

Menurutnya, kebakaran turut memusnahkan tujuh kereta dan lima motosikal pelbagai jenis.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 1.54 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 3.05 pagi.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here