JAKARTA: Indonesia mengetatkan kawalan terhadap pengangkutan babi dan produk dagingnya selepas hampir 3,000 ekor haiwan itu mati dalam wabak baharu demam babi di Afrika di wilayah timur yang bersempadan dengan Timor Leste, kata kementerian pertanian, hari ini.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata 2,825 babi mati semalam di lima kawasan di Timur Nusa Tenggara.

Gambar Hiasan; Kredit: The Vocket

Sekatan juga akan dikuatkuasakan di sepanjang sempadan dengan Timor Leste, di mana kes telah dilaporkan sejak lewat September.

“Saya telah meminta petugas dan pihak berkuasa kuarantin untuk mengetatkan pengangkutan haiwan dan produk dari Timor Leste,” kata I Ketut Diarmita, ketua pengarah kementerian untuk ternakan dan kesihatan haiwan.

Kementerian itu telah menghantar pasukan untuk menentukan sumber jangkitan, menjalankan pembasmian kuman dan mengetatkan langkah biosekuriti, katanya sambil menggesa petani tidak menjual haiwan yang sakit dan membuang bangkai babi dengan betul.

Berdasarkan data kerajaan, wilayah itu mempunyai populasi babi kira-kira 2.1 juta. Wabak terbaru itu hadir selepas penyakit itu muncul di wilayah barat Sumatera Utara yang membunuh lebih 47,000 babi pada Isnin lalu.

Di pulau resort pelancongan Bali, lebih 1,700 babi juga mati akibat disyaki dijangkiti demam babi di Afrika – REUTERS

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here