TAWAU: Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Difahamkan helikopter jenis Agusta Westland AW139 itu sedang dalam tugasan rutin “Ops Taring” berlepas dari Lahad Datu ke Tawau tengah hari semalam.

Ia dijadualkan berlepas semula dari Tawau jam 7.28 malam sebelum gagal dikesan daripada data pangkalan.

Helicopter dengan no pendaftaran 9M-PMC membawa enam penumpang termasuk juruterbang yang berpangkat Deputi Superintendan, pembantu juruterbang berpangkat Asisten Superintendan, tiga anggota pangkat rendah serta seorang jurutera (orang awam).

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi berkata, semua mangsa terbabit dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan lanjut.

Helikopter milik PDRM terhempas di Batalion 14 PGA Tawau, malam ini. Foto ihsan PDRM
Helikopter milik PDRM terhempas di Batalion 14 PGA Tawau, malam ini. Foto ihsan PDRM

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here