INDUSTRI automotif menawarkan banyak ruang perniagaan yang berdaya saing. Salah satu daripadanya adalah perniagaan membaiki dan menyelenggarakan kenderaan yang biasanya mampu membawa pulangan yang lumayan.

Untuk pengetahuan semua industri automotif dari segi bengkel kereta adalah sangat bagus untuk diceburi tapi malangnya bilangan masyarakat yang mengambil peluang ini amatlah kurang. Kebanyakkan usahawan usahawan yang membuka bengkel kereta pada masa kini selalunya rugi kerana tiada ilmu yang cukup dalam menjalankannya.

Selain itu, apabila usahawan tiada ilmu dalam memulakan bisnes automotif ini maka secara tidak langsung pendapatan yang diraih tidak mencukupi untuk membayar gaji pekerja serta membeli peralatan yang cukup. Agensi-agensi seperti MARA,PUNB dan Tekun telah semakin sukar untuk memohon dana kepada mereka kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh peniaga. Sudah banyak terjadi perkara seperti ini di kalangan peniaga peniaga kita yang akhirnya mereka berputus asa untuk bangkit.

Pendapatan Pekerja Yang Lumayan

Semuanya berubah apabila kami tiba di bengkel Abg Zaidi – JV Auto Lube apabila beliau telah berjaya mengubah pemikiran peniaga peniaga yang dahulu pendapatan sebulan sekitar RM10K telah melonjak ke RM100K.

Abg Zaidi adalah seorang pakar gearbox dan beliau menyatakan bahawa industri gearbox merupakan lubuk yang sangat lumayan. Ini diakui pemilik JV Auto Resources, Mohmd Zaidi Mohmd Soude. Dunia automotif bukanlah suatu yang asing buatnya. Minat yang mendalam terhadap dunia automotif, mendorong Mohmd Zaidi membuka bengkel sendiri dan kepakarannya lebih kepada pengkhususan dalam auto transmisi sejak 10 tahun lalu.

Cabaran

Berbicara soal cabaran, menurut Zaidi lumrah dalam perniagaan mesti ada pasang surut dan kekangan untuk capai ke tahap yang boleh dibanggakan. Kos operasi dan alat ganti yang tinggi pernah menjadi punca dia terpaksa menutup perniagaan bengkelnya dan melupakan hasratnya untuk terus menjadi pengusaha bengkel. Namun itu tidak menjadi penghalang untuk dia terus bangkit dan maju seperti hari ini.

Atas minat dan keinginan melihat industri ini terus maju, Zaidi kini turut mengajar mekanik yang berminat secara percuma. Zaidi tidak lokek berkongsi ilmu dan kemahiran dalam bidang transmisi kerana bidang ini yang sentiasa berubah dan mencabar. Dengan pengalaman yang ada dalam bidang penjagaan transmisi, Zaidi melangkah setapak lagi dengan menghasilkan rangkaian produk penjagaan enjin dan transmisi kereta di bawah jenama JV Auto Lube.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here