Sejak kebelakangan ini, negara kita semakin hangat diperkatakan mengenai isu-isu politik setelah peletakkan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir. Pengisian jawatan Perdana Menteri ke-8 masih menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia. Hal ini telah menimbulkan banyak spekulasi daripada pelbagai pihak.

Wanita yang dikenali sebagai Cleopatra juga tidak ketinggalan memberi pandangan mengenai cara pemilihan jawatan tersebut. Pada Oktober lalu, wanita ini pernah dikaitkan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Netizen telah menyifatkan dia sebagai seorang trandsgender dan menyebabkan Syed Sadiq dituduh sebagai penyokong transgender kerana menjadikannya sebagai setiausaha sulit. Namun, Syed Sadiq telah menafikan bahawa Cleopatra adalah transgender dan setiausaha sulitnya.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Cleopatra bersama pegawai-pegawai lain dalam mesyuarat di Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini. – Gambar Instagram Cleopatra_x3

Menerusi akaun instagramnya yang diberi nama ‘Cleopatra_x3’, wanita ini telah memuat naik sebuah video yang menyokong pemilihan PM ke-8 hendaklah berdasarkan kuasa rakyat dan bukanlah melalui kuasa dewan rakyat.

View this post on Instagram

#KuasaRakyat

A post shared by Cleopatra ?? (@cleopatra_x3) on

Netizen juga tidak ketinggalan meninggalkan komen berkenaan video tersebut. Ada yang menyokong pandangan yang diutarakan olehnya, namun ada juga yang sebaliknya.

Apa-apa pun setiap orang ada pendapat dan pendirian masing-masing. Pada ketika ini juga para pemimpin negara sedang bertungkus-lumus bagi menyelesaikan masalah ini. Sebagai rakyat sama-samalah kita berdoa agar masalah ini dapat diselesaikan kerana kita adalah tulang belakang kepada pemerintahan untuk berkuasa dengan aman, adil dan berpelembagaan.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here