KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mewakili suara gabungan baru yang dibentuk bersama UMNO, Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Muhyiddin yang dicalonkan sebagai calon Perdana kelapan berkata dia yang kini mengetuai Perikatan Nasional ke Istana Negara untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan h Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah.

“Kami semua dari Perikatan Nasional, semua orang yang anda lihat di sini, akan pergi ke Istana Negara dengan dokumen ini yang kami bawa, untuk mencari perkenan Agong.

“Hasrat kami adalah untuk melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan negara daripada apa yang sedang berlaku sekarang.

“Kami mempunyai matlamat yang ikhlas dan kami meminta semua rakyat Malaysia untuk mendirikan solat dan menunjukkan sokongan untuk usaha kami untuk memastikan kejayaan kami.

“Saya menyeru semua orang untuk berdoa dan semoga kami akan menerima berkat dari Allah,” katanya sebelum berangkat ke Istana Negara pada pukul 10 pagi.

kredit: Harian Metro

Muhyiddin Yassin kini sudah menghadap YDPA bagi mempersembahkan nama beliau sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Turut mengiringi Muhyiddin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Parlimen Pagoh itu menerima sokongan Barisan Nasional dan Pas sebagai perdana menteri bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. – MalaysiaGazette

Sebelum Keberangkatan Ke Istana Negara

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Azmin Ali, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bersama-sama Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini.

“Apa yg sedang berlaku sekarang ini saya ikhlas doakan usaha kita buat ini diberi sokongan doa untuk berjaya. Harap semua berdoa inshaallah dikabulkan Allah,” demikian sidang media ringkas Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum berangkat dan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

TERKINI | Pemimpin UMNO, PAS, BERSATU Menghadap Agong

TERKINI | Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Azmin Ali, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bersama-sama Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini. "Apa yg sedang berlaku sekarang ini saya ikhlas doakan usaha kita buat ini diberi sokongan doa untuk berjaya. Harap semua berdoa inshaallah dikabulkan Allah," demikian sidang media ringkas Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum berangkat dan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Posted by Buletin TV3 on Friday, 28 February 2020

Ketibaan Tan Sri di Istana Negara

Kenderaan membawa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin tiba di perkarangan Istana Negara melalui pintu dua jam 10.03 pagi.

Turut sama kelihatan kenderaan membawa Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Annuar Musa dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Difahamkan semua pimpinan parti daripada Pas, Umno dan Bersatu menghadap Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri ke-8.

TERKINI | Kenderaan membawa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin tiba di perkarangan Istana Negara melalui pintu dua jam 10.03 pagi.Turut sama kelihatan kenderaan membawa Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Annuar Musa dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Difahamkan semua pimpinan parti daripada Pas, Umno dan Bersatu menghadap Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri ke-8.

Posted by Buletin TV3 on Friday, 28 February 2020

Sumber : Malaysia Gazette, Facebook Buletin Tv3

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here