PEGUAM Negara Tan Sri Tommy Thomas meletak jawatan susulan isu perlantikan Perdana Menteri baharu.

Memetik laporan sebuah portal, Tommy dikatakan menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantik beliau menjawat jawatan itu selama dua tahun. Tommy dilantik menyandang jawatan itu pada 4 Jun 2018 bagi tempoh dua tahun dan sepatutnya berakhir Jun depan.

Difahamkan, kontraknya itu dijangka tamat pada Jun ini.

kredit: Harian Metro

Laporan itu memaklumkan sumber memberitahu Tommy mahu meletak jawatan ketika Mahathir masih memegang jawatan Perdana Menteri memandangkan dilantik ketika pemerintahannya.

kredit: Sinar Harian

Selepas memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam LTTE minggu lalu, Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas akhirnya melepaskan jawatannya.

Melalui sumber rapat , difahamkan Tommy sudah dua hari tidak memasuki pejabatnya di sini.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian, Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here