KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menaruh keyakinan mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan dan dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, keputusan sebulat suara berkenaan dicapai menerusi mesyuarat dengan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH), awal pagi tadi, sekali gus mengetepikan pendirian gabungan terbabit sebelum ini yang mencadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad. – Foto BERNAMA

Tanpa memperuntukkan masa yang khusus, Dr Mahathir menjelaskan, perkembangan dan pendirian terbaharu itu akan disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

kredit: mStar

“Saya merujuk kepada kenyataan bahawa saya menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri (kelapan). Seperti yang ditegaskan sebelum ini, saya menolak sebagai kerjasama dengan individu yang terpalit dengan rasuah dan terbabit dalam pentadbiran kleptokrasi yang Kerajaan PH bertungkus lumus tumbangkan.

“Pendirian ini saya kemukakan dalam mesyuarat Ahli Parlimen BERSATU semalam. Saya tidak pernah menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) bagi menyatakan sokongan terhadap mana-mana individu.

“Malah, saya keluar awal daripada mesyuarat berkenaan untuk memberi laluan perbahasan secara terbuka dalam kalangan Ahli Parlimen BERSATU supaya mereka berupaya memilih calon terbaik bagi menyandang jawatan Perdana Menteri.

“Sekali lagi, saya tidak bersedia untuk bekerjasama dengan golongan perasuah daripada UMNO. Saya hanya boleh terima secara individu selagi mana mereka terbukti ‘bersih. Mungkin Muhyiddin lebih ‘santai’ terhadap pendekatan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Marzuki Yahya, semalam dilaporkan berkata Muhyiddin diputuskan sebagai calon Perdana Menteri kelapan dalam mesyuarat Ahli Dewan Rakyat, yang dihadiri 36 Ahli Parlimen parti itu di Yayasan Al-Bukhary.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, masing-masing kemudian menerusi kenyataan beberapa jam kemudian mengumumkan 57 Ahli Parlimen Muafakat Nasional akan menyokong sepenuhnya pencalonan Muhyiddin.

Dalam kenyataan berasingan, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata 42 Ahli Parlimen UMNO, MCA dan MIC memberi sokongan penuh kepada Muhyiddin.

Sementara itu, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya, berkata menurut perlembagaan parti Fasal 16.2 dan prinsip Rule of Law, satu-satunya individu yang mempunyai kuasa mutlak memimpin parti adalah Pengerusi parti, iaitu Dr Mahathir.

“Maka segala tindak tanduk dan arah parti adalah tertakluk kepada keputusan Dr Mahathir sebagai Pengerusi BERSATU,” katanya.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here