KUALA LUMPUR: Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan yang dikatakan akan berlangsung di hadapan sebuah pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di Kuala Lumpur, petang ini.

Image result for perhimpunan Jalan Tuanku Abdul Rahman
Gambar Hiasan; Kredit: Berita Harian

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanthan Abdullah, berkata pihaknya tidak menerima notis berhubung penganjuran perhimpunan berkenaan.

Kawasan hadapan pusat beli belah bukan tempat yang diwartakan untuk mengadakan perhimpunan.

Gambar hiasan ; Kredit: Harian Metro

Jika perhimpunan ini diteruskan, ia akan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai serta kacau ganggu kepada ketenteraman awam.

“Justeru, orang ramai diberi amaran supaya tidak berkumpul di hadapan pusat beli-belah itu petang ini untuk berdemonstrasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kumpulan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Demonstrasi Selamatkan Malaysia dikatakan akan mengadakan perhimpunan di hadapan pusat beli-belah itu jam 6 petang ini.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here