Seorang lelaki, Aaron Yee memohon maaf kerana menghina Yang di-Pertuan Agong selepas tidak berpuas hati dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Yee membuat permohonan maaf itu menerusi Facebook miliknya, hari ini.

“Saya sedih sekali. Hari ini, banyak Melayu yang kecam saya. Saya sebenarnya pro-Melayu dan pro-Malaysia. Saya faham Melayu majority, mesti khidmat untuk Melayu. Tidak pernah sekalipun terlintas di fikiranku untuk khianati Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong.

“Saya cuma tidak setuju dengan tindakan YDPA dan terlanjur tulis. Saya mohon maaf,” tulisnya.

Saya sedih sekali. Hari ini, banyak Melayu yang kecam saya. Saya sebenarnya pro-Melayu dan pro-Malaysia. Saya faham…

Posted by Aaron Yee on Saturday, 29 February 2020

Menurut Yee, dia kecewa dengan tindakan netizen yang mengecam dirinya dan menyebarkan alamat rumahnya di media sosial.

Katanya, netizen seharusnya membuat laporan polis sekiranya dia melakukan sebarang kesalahan agar siasatan dapat dijalankan.

“Kalau tuan/puan fikir post Facebook itu salah, buatlah laporan polis. Kenapa mahu kongsi alamat saya, mahu datang hentam saya?,” katanya.

Terdahulu, Yee dikecam netizen kerana menulis perkataan ‘fuck you Agong’ dalam salah satu status Facebooknya semalam.

Rata-rata netizen menyifatkan lelaki itu sebagai biadap dan sengaja mahu mencabar undang-undang negara.

Sumber: Cempedak Cheese

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here