JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) Pahang mendapati kes demam denggi di beberapa kawasan penempatan di negeri ini berlaku secara berulang antara dua hingga empat kali dalam setahun.

Pengarahnya, Datuk Dr Bahari Muda berkata, sikap penduduk yang mengabaikan kebersihan dalam dan luar rumah menjadi faktor utama kejadian berkenaan.

Menurutnya, sebagai contoh di Kuantan saja terdapat lapan taman perumahan yang aktif dengan wabak denggi, Sungai Isap Satu terdapat 14 kes diikuti Taman LKMP B (10), Taman Mahkota Permai Satu (sembilan) dan Taman Sungai Isap Perdana (lima).

Image result for Kes denggi

Bagaimanapun katanya, wabak berkenaan masih terkawal selepas pelbagai usaha dilakukan pihaknya seperti program gotong-royong, semburan asap bagi membunuh nyamuk dan penerangan secara berterusan.

“Jabatan merekodkan sebanyak 581 kes demam denggi berlaku di negeri ini dalam tempoh dua bulan tahun ini berbanding 218 dalam tempoh sama tahun lalu, meningkat sebanyak 167 peratus.

“Hingga kini terdapat 21 kawasan atau lokaliti penempatan di negeri ini berlaku kes demam denggi bertambah 110 peratus berbanding sebanyak 10 kawasan saja tahun lalu,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, kes tertinggi demam denggi kini berlaku di Kuantan iaitu sebanyak 378 kes diikuti Pekan (40), Bentong (29), Temerloh (25), Maran (24), Rompin (23), Jerantut (19), Bera (15), Raub (13), Lipis (13) dan Cameron Highlands (dua).

Image result for Kes denggi berulang tinggi di Pahang

Dr Bahari berkata, sekiranya masyarakat dapat sentiasa menjaga kebersihan terutama dalam kawasan rumah, tidak mustahil wabak demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes dapat dikawal sepenuhnya.

Katanya, hari ini kebanyakan kawasan wabak berlaku secara berulang lebih daripada sekali disebabkan sikap masyarakat yang meletakkan sepenuh tanggungjawab menjaga kebersihan di bahu pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, kempen menjaga kebersihan yang dianjurkan JKN di beberapa tempat sebelum ini kurang mendapat sambutan walaupun disediakan dengan pelbagai kemudahan.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here