Balai Polis Dang Wangi – Seramai 20 NGO Islam telah berhimpun pada petang ini gabungan daripada Pertubuhan Pembela Islam. Antara NGO yang terlibat ialah Srikandi, Muafakat, Armada, Benjawi dan pelbagai lagi yang turun dalam perbincangan mengenai isu hina yang Dipertuan Agong.

Sebagai momentum yang pertama, mereka telah turun setelah pelantikan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong telah memperkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-8. Mereka menegaskan supaya tidak kira NGO atau mana-mana parti politik supaya patuh terhadap kedaulatan negara. Tapi malangnya perkara sebaliknya yang telah berlaku.

Perhimpunan Haram Telah Diadakan

Pada 29 Februari serta 1 Mac 2020, telah berlakunya himpunan haram mengenai pertikaian perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8 baru-baru ini. Kumpulan yang melakukan perhimpunan ini tanpa segan silu mengadakan kempen seperti politik wahal perlantikan ini telah diputuskan oleh Duli Yang Maha Mulia. Beliau juga menegaskan bahawa tiada rampasan kuasa yang berlaku dalam perlantikan ini. Ianya adalah dasar daripada kegagalan kerajaan PH dalam mentadbir negara.

Semangat reformasi yang dibuat oleh segelintir pihak telah mencetuskan penghinaan kepada Duli Yang Maha Mulia atas pelantikan tersebut. Beliau mengatakan bahawa tindakan mereka seolah olah menderhaka dan ingkar arahan Agong. Disebabkan perbolakkan politik yang terjadi pada masa kini, ramai rakyat menjadi mangsa sedangkan mereka tidak bersalah.

Pada petang ini, saya selaku admin BMF MEDIA TV telah turun padang dan sempat menemu ramah wakil setiausaha NGO daripada Kelab Veteran Komando Wilayah. Beliau telah membuat laporan polis mengenai isu penghinaan dan pengderhakaan kepada Agong tempoh hari. Terdapat pergolakkan jawatan perdana menteri beberapa hari yang lepas yang mana perebutan kuasa telah berlaku diantara kerajaan PH.

Beliau mengesa kepada rakyat Malaysia supaya mengikut ikrar rukun negara. “Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara”. Sama-samalah kita menjaga keharmonian dan kedaulatan negara demi anak bangsa tercinta. Kami sertakan live Video yang dapat kami rakamkan kejadian di Balai Polis Dang Wangi.

((LIVE)) : Terkini di Balai Polis Dang Wangi berkenaan isu Hina Yang DiPertuan Agong. Like, Komen dan Share

Posted by BMF MEDIA TV – official on Monday, 2 March 2020
infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here