SERAMAI 130 pekerja sebuah kilang besi di Butterworth dan Nibong Tebal, Pulau Pinang menuntut majikan mereka menyelesaikan isu penyelarasan gaji yang tertangguh sejak lebih setahun lalu.

Kredit: Encikk Apitt

Isu berkenaan timbul selepas perjanjian bersama antara majikan dan kesatuan sekerja kilang itu tidak diperbaharui selepas tamat pada 31 Disember 2018 berbanding dilakukan setiap tiga tahun sekali.

Pegawai Perhubungan Perusahaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kawasan Utara, V Vijayan berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan bersama pengurusan syarikat bagi mencari penyelesaian terutama memperbaharui perjanjian bersama itu.

Kredit: Encikk Apitt

Menurutnya, berikutan tidak diperbaharui, ia memberi kesan terhadap penyelarasan dan kenaikan gaji pekerja terutama mereka yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun.

Katanya, enam pertemuan sudah diadakan dengan kali terakhir pada 19 Februari lalu dan pihak pengurusan mendakwa mengalami kerugian menyebabkan ia tidak dapat diselesaikan.

“Kami sudah mengemukakan pelbagai cadangan seperti penyelarasan gaji bersama dua kali kenaikan dan beberapa cadangan lain termasuk ‘situasi menang-menang’ supaya pihak syarikat tidak rasa terbeban.

“Namun, pihak majikan mahu menawarkan hanya kenaikan gaji berserta sagu hati tetapi jika masih tiada kata putus, perkara ini akan dibawa ke Mahkamah Perusahaan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Kredit: Encikk Apitt

Terdahulu, seramai 80 pekerja mengadakan bantahan secara aman di hadapan kilang terbabit di Butterworth, manakala 50 pekerja lain melakukan bantahan di Nibong Tebal.

Mereka turut membawa sepanduk antaranya bertulis ‘Hak pekerja terabai, pengurusan tak berhati perut’, ‘Jangan cabuli hak pekerja’ dan ‘Majikan untung berjuta-juta, pekerja rugi’.

Sementara itu, pekerja Abdul Halim Ismail, 39, berkata dia sudah 20 tahun berkhidmat di kilang berkenaan dengan gaji bulanan sebanyak RM1,700 sebulan atau memperoleh RM2,500 sebulan jika membuat kerja lebih masa.

“Isu ini pertama kali berlaku sejak saya bekerja di sini dan majikan sewajarnya menyelaraskan serta menaikkan gaji pekerja berikutan kos sara hidup yang tinggi.

“Bayangkan dengan gaji itu saya gunakan bagi menampung keperluan tiga anak berusia 12 hingga 5 tahun, dan ia hanya ‘cukup makan’ saja,” katanya.

Sementara itu, pengurusan kilang terbabit ketika dihubungi enggan mengulas isu berkenaan.

Posted by Encikk Apitt on Sunday, 1 March 2020
Kredit: Encikk Apitt

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here