Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang harmoni meskipun didiami oleh pelbagai agama dan bangsa. Kepelbagaian ini wujud akibat daripada peninggalan sejarah Tanah Melayu ketika zaman penjajahan British.

Kemasukan kumpulan pekerja dari Cina dan India dalam aktiviti ekonomi Tanah Melayu ketika itu telah mengubah komposisi kaum di Tanah Melayu yang pada asalnya didiami oleh Kaum Melayu. Berikutan dengan hal tersebut, sekolah-sekolah vernakular telah diwujudkan.

Walau bagaimanapun, demi memudahkan pelaksanaan agenda “pecah dan perintah” yang mereka amalkan, pihak British terus membiarkan kaum-kaum ini terpisah dengan budaya dan bahasa mereka tersendiri. Sekolah-sekolah yang wujud juga beroperasi dengan garis panduan bangsa mereka tersendiri tanpa sebarang sistem yang membawa kepada penyatuan.

Sehingga ke hari ini, isu sekolah vernakular masih terus diperdebatkan kerana dikatakan mampu mewujudkan jurang dan kerenggangan yang nyata dalam kalangan masyarakat kita di samping menjadi punca utama penyebab kegagalan ideologi pembangunan nasional yang cuba dibangunkan pemimpin kita sejak merdeka lagi.

Seorang pengguna facebook dengan nama Joseph Wong tidak ketinggalan dalam menyatakan pendapat dan pengalamannyua tentang isu ini. ” Sekolah Cina hanya akan melahirkan ramai Cina yang berpemikiran berlainan dan lama kelamaan akan menjadi pemikiran Komunis juga sebab pengajaran mereka “, begitulah ayat mukadimah yang ditulis oleh Joseph pada statusnya di facebook.

Joseph telah berkongsikan pengalamannya menghantar anaknya ke sekolah vernakular cina dan sekolah kebangsaan lalu membuat perbandingan tentang kedua-dua anaknya itu .

Walau bagaimanapun, Joseph telah menerima kecaman hebat atas statusnya itu. Kemudian, Joseph telah memuat naik satu lagi “posting” yang mengisahkan pengalamannya yang dikatakan kisah benar tentang dia dan anaknya di sebuah restoran makanan segera.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-12.png
kredit: Joseph Wong

Meskipun menerima kecaman yang hebat atas status-statusnya, ada juga netizen yang menyokong dan memuji tindakan Joseph itu.

kredit: Joseph Wong
kredit: Joseph Wong
kredit: Joseph Wong

Namun, ada juga netizen yang berpendapat bahawa perkara ini adalah bergantung kepada tempat dan tidak semua sekolah SJKC atau SJKT bersifat sepertimana yang dikisahkan oleh Joseph.

kredit: Joseph Wong
kredit: Joseph Wong

Apa-apa pun setiap orang mempunyai pendapat dan komen yang berbeza-beza. Mungkin ada pihak yang menyokong dan mungkin juga ada yang menentang tentang isu sekolah vernakular ini. Namun, tugas kita sebagai rakyat Malaysia adalah menuntut ilmu yang ada sebaik-baiknya. Biarlah apapun ideologi dan fahaman yang datang demi mengganggu gugat keharmonian negara ini, sama-samalah kita ingat bahawa negara kita Malaysia adalah milik kita dan tanggungjawab kita untuk menjaganya dan terus mengekalkan keharmonian yang ada.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here