KUALA LUMPUR: Selepas pelantikan Perdana Menteri kelapan, satu insiden tidak dijangka berlaku membabitkan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Menerusi rakaman video berdurasi lebih satu minit yang sedang tular ketika ini itu, Tian Chua dilihat diserbu sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti tersebut dalam insiden kekecohan di hadapan ibu pejabat di Petaling Jaya.

Dalam insiden mencemaskan itu, Tian Chua turut ditolak selain ditampar pada bahagian kepala.

Tidak cukup dengan itu, bekas Ahli Parlimen Batu itu dilihat disimbah dengan air dan dibaling dengan botol ketika cuba dibawa memasuki sebuah kenderaan.Kumpulan tersebut turut kedengaran menjerit  “pengkhianat” kepada Tian Chua.

Insiden dipercayai berlaku ekoran penyokong PKR berkenaan berang selepas Tian Chua didakwa lebih berpihak kepada kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, punca sebenar insiden masih belum dapat disahkan setakat ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Afif Bahardin dan Setiausaha PKR Selangor Mohd Razlan Jalaluddin turut diserang kumpulan penyokong parti berkenaan di lokasi sama.

Image result for Mohd Razlan Jalaluddin

Namun, Afif dan Mohd Razlan dipercayai diasak dan dicemuh ketika mereka cuba meninggalkan premis berkenaan pada Ahad.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-8.png

Susulan insiden tersebut, seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki tersebut adalah ahli Cabang PKR Gombak.

“Kita tahan dahulu, kita juga tunggu Tian Chua buat laporan. Setakat ini, beliau masih belum buat (laporan). Kita akan hubungi beliau untuk mendapatkan keterangan,” katanya kepada wartawan di sini, hari ini.

Sumber: Astro Awani

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here