Korang kalau pergi bercuti lebih suka dengan kawan-kawan atau dengan family? Pada pendapat min, dua-dua ada kelebihan yang tersendiri. Kalau nak santai-santai pergilah dengan family, tapi kalau nak “huha-huha” boleh pergi dengan kawan-kawan barulah havok.

Bercuti dengan kawan-kawan ni banyak aktiviti yang lebih lasak dan menarik boleh kita pergi dan terjah ikut suka hati. Contohnya macam jungle tracking, hiking dan banyak lagilah aktiviti yang boleh kita join. Jom kita terjah aktiviti “Havoce” yang perlu cuba di Malaysia.

1. Hiking

Sumber: Instagram @mr_eiffel30

Korang tahu kan sekarang dah jadi trend untuk golongan remaja. Aktiviti ni sangat sesuai untuk mereka yang gemar untuk melihat keindahan flora dan fauna yang hijau dan bunyian-bunyian serangga, fuh tenang je rasa. Tapi, aktiviti ini amat disarankan untuk pergi secara berkumpulan, dengan kawan-kawan atas faktor keselematan.

Pakaian yang sesuai juga amat digalakkan. Janganlah pula pergi hiking pakai selipar atau heels dua tiga inci, itu menempah maut oi. Selain itu, korang jangan lupa bawa bekal makanan seperti roti, air atau makanan-makanan yang mudah untuk di bawa tapi kalau korang nak bawa makanan berat silakan, min tak larang.

Kalau dah sampai kat puncak nanti sebagai melayu moden yang sejati, ambilah gambar sebanyak yang mungkin dan upload lah di seluruh pelusuk media sosial anda. Antara tempat-tempat yang best untuk hiking sehari korang boleh pergi Broga Hills dan banyak lagi. Tapi kalau korang nak lagi best boleh pergi Gunung Tahan atau Gunung Batu Putih, kat situ lagi padu dan cantik.

2. Paragliding

Sumber: instagram @skywalkparagliders

Paragliding merupakan aktiviti yang semakin hari telah mencuri hati mereka, pecinta aktiviti sukan lasak di malaysia. Untuk korang yang berangan-angan nak jadi burung, bolehlah cuba aktiviti ini. Ianya akan bawa korang terbang ke udara dan lihat permandangan indah bumi ciptaan Tuhan dari atas. Untuk aktiviti ini, korang perlu berlepas dari kawasan yang tinggi seperti puncak bukit, meluncur dan terbang.

Untuk mereka yang takut akan ketinggian, sesungguhnya aktiviti ini amat mancabar tahap ketakutan anda. Tapi kalau anda berkeras juga untuk mencuba, jangan risau korang akan dibantu dan terbang bersama-sama dengan yang pakar dan berpengalaman. Di Malaysia, masih tidak mempunyai banyak tempat yang menyediakan aktiviti ini. Antara tempat yang menyediakn aktiviti ini ialah di Bukit Jugra, Banting, Gunung Jerai, kedah dan Gunung Ledang, Johor.

3. Jelajah Gua

Sumber: instagram @shonephoto

Korang tahu tak di Malaysia banyak gua yang patut korang terjah, tak tahu? Itu lah, asyik pergi jelajah gua yang menghabiskan duit je, bumi tuhan yang free ni korang taknak nikamti. Gua yang agak popular di Malaysia ni adalah Gua Tempurung nun di Perak. Untuk menjelajah gua, korang datanglah ramai-ramai dan korang akan dibantu oleh individu yang berpengalaman.

Masuk gua ni best dan sangat-sangat mencabar, kawan min sampai menangis ketakutan sebab korang kena panjat batu gua yang agak tinggi dan merbahaya, tapi seronok. lepastu korang kena menyelusuk ke bawah yang ada sungai, yang ni paling best. Tapi korang juga perlu sangat berhati-hati dengan batu, jadi korang disarankan untuk tidak mengangkat kepala kita berada di bawah gua yang ada sungai, takut terhantuk.

Selain Gua Tempurung, Gunung Senyum di Temerloh, Pahang juga terdapat gua yang boleh anda jelajah.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here