Ini masanya untuk anda yang sudah ‘burnout’ di tempat kerja atau tempat belajar pergi melancong untuk mencari aura positif dan ketenangan. Risau tiket penerbangan mahal? Kami ada berita baik untuk anda di luar sana.

Kali ini AirAsia perkenalkan promosi yang bagi kami cukup luar biasa khas untuk ahli Big di Malaysia. Mana tidaknya, hanya bayar RM499 anda boleh mendapatkan pas penerbangan tanpa had ke destinasi pilihan anda tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj lain-lain.

Betul, anda tidak salah baca kerana promosi yang baru ditawarkan oleh AirAsia ini memang tidak masuk akal. Anda boleh terbang ke Australia, Jepun, Korea, China dan India pada bila-bila masa tanpa had dalam tempoh setahun bermula 2 Mac 2020 hingga 2 Mac 2021.

AirAsia Unlimited Pass – Tan Sri Rafidah Aziz

AirAsia X Chairman Tan Sri Rafidah Aziz shares more about the new AirAsia Unlimited Pass available at RM499*. Watch now!Only available on https://air.asia/QyWpT and our mobile app under Deals, so go grab it NOW till 7 Mar 2020!*AirAsia Unlimited Pass is exclusive to BIG Members in Malaysia only. T&C apply. Read more at https://air.asia/b9qKC. Flights redeemed with AirAsia Unlimited Pass excludes government taxes and fees, add ons and other charges.

Posted by AirAsia on Saturday, 29 February 2020

Mudah sahaja untuk anda dapatkan pas perjalanan tanpa had ini, anda boleh beli pas ini di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini sehingga 7 Mac 2020. Tempahan penerbangan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh berlepas, tertakluk pada terma dan syarat yang boleh didapati di sini.

Sumber : The Vocket

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here