Selain dari kenduri bekas kekasih yang tidak dijemput. Datang ke kenduri kahwin jiran, kawan atau sedara mara yang tidak memberikan jemputan adalah haram!

Hal ini kerana, ada hadis yang menyatakan:

Hadis ini yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:“Sesiapa yang dijemput tapi tidak memenuhi jemputannya, dia telah ingkar kepada ALLAH dan Rasul-NYA; dan siapa yang pergi ke suatu majlis tanpa jemputan, dia hadir sebagai seorang pencuri.” (Sunan Abi Dawud)

Pekara ini nampak remeh di sebahagian masyarakat melayu kita, kerana kebanyakkannya yang hadir pada kenduri kahwin yang tidak dijemput ini didatangkan dengan alasan seperti “kawan ajak teman”, “Kenduri untuk bersedekah makanan pada orang ramai” dan sebagainya.

Akan tetapi, jika anda yakin, anda tiada permasalahan atau permusuhan dengan tuan rumah, anda juga ialah kawan baik atau sedara mara terdekat tetapi mereka lupa untuk menjemput anda. Maka keadaan mula berbeza kerana ia tidak diharamkan.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here