London: Selepas kekalahan Liverpool tempoh hari dimana Liverpool kalah teruk 0-3 apabila mereka menentang Watford iaitu kelab tercorot di dalam liga perdana inggeris. Liverpool terus dikaitkan dengan bermacam-macam kontroversi perpindahan pemainnya dan keadaan semasa pasukan Liverpool.

Liverpool memulakan musim di liga perdana inggeris dengan agak baik dan Liverpool juga berjaya mendominasi pentas eropah dimana Liverpool layak ke pusingan kalah mati. Kehebatan pasukan Liverpool mula menunjukkan sedikit gugup dimana sebelum Liverpool tewas kepada Watford. Liverpool juga turut goyah apabila menentang kelab Atletico Madrid apabila mereka tewas 0-1. Keputusan ini menjadikan Liverpool dijadikan bahan ramalan oleh beberapa pakar penkaji bola sepak.

Kelab yang berpangkalan di London itu berkemungkinan akan menghadapi kesukaran pada musim hadapan kerana faktor taktikal yang diterapkan oleh pengurus Liverpool Jurgen Klopp. Taktikal Liverpool yang selalu menerapkan gegenpressing dan counter pressing untuk menekan pihak lawan sehingga pihak lawan melakukan kesilapan dan menemui jalan buntu untuk mencari ruang menghantar bola. Corak permainan sebegini sememangnya berkesan untuk Liverpool akan tetapi disetiap kebaikkan dan kehebatan sesuatu pekara itu, sudah semestinya ada banyaran yang perlu dibayar atau dikorbankan. Pasukan Liverpool perlu menagih semua stamina pemain untuk melakukan taktikal sebegini untuk terus menang.

Kebetulan, jadual Piala Afrika diubah dan berlangsung pada januari tahun 2021 dimana Liverpool bakal melepaskan 3 pemain emasnya iaitu Salah, Mane dan juga Naby Keita. Dua orang pemain iaitu Salah dan Mane kebanyakkannya memberi impak yang besar kepada pasukan. Disebabkan kehilangan pemain besar ini. Liverpool mungkin akan tewas dan mengalami kesukaran yang berbeza berbanding dari musim sebelumnya.

Akan tetapi, ini hanyalah ramalan, mungkin benar dan mungkin tidak. Kebarangkalian untuk Liverpool kekal konsisten di dalam liga juga tidak dapat dinafikan kerana kepakaran pegurusnya Jurgen Klopp mengatur strategi untuk terus menang dan memenangi pelbagai perlawanan dan persembahan yang mereka tunjukkan pada musim sebelum ini.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here