Hollywood – Sangat mengejutkan apabila bocor satu rahsia dimana Apple tidak membenarkan produknya dipakai oleh watak penjahat di dalam mana-mana filem di hollywood. Agak ganjil jika sebuah jenama telefon pintar tidak boleh dikaitkan bersama watak jahat kerana mengikut logik akal. Sesiapa penjahat sekalipun mampu dan boleh sahaja membeli Iphone dan produk Apple yang lain.

Pengarah filem yang terkenal Rian Johnson secara tidak sengaja telah mendedahkan pekara yang tidak sepatutnya apabila dia telah memberitahu pada beberapa penontot bahawa Apple tidak membenarkan peranti-peranti mereka digunakan oleh watak penjahat di dalam filem mahupun di siri televisyen.

Rian Johnson yang terkenal dengan Filem arahannya iaitu Knives Out dan Star Wars: The Last Jedi, memberitahu rahsia terbesar hollywood tentang Apple dimana pada waktu itu mereka sedang mempromosikan filem Knives Out kepada sekumpulan penonton.

Dilaporkan bahawa Apple telah meletakkan garis panduan bahawa peranti mereka tidak boleh diguna pakai oleh watak penjahat di dalam filem atau siri televisyen. Barangkali ini mungkin satu lambang ataupun gambaran bahawa Apple mahu menunjukkan produknya hanya digunakan untuk ke arah kebaikkan dan positif sahaja.

Satu fakta menarik yang ada akan tahu selepas kejadian ini adalah, jika seseorang watak di filem atau siri televisyen itu tidak memakai Iphone atau pun peranti Apple yang lain maka dia ialah penjahat yang sebenar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here