Food Mania Foodie Food Lover Gourmet Cuisine Tasty Delicious Concept

Sudah menjadi lumrah hidup manusia zaman sekarang lagi-lagi remaja, pantang ada makanan yang viral dan pelik sikit mesti nak cuba macam gula dihurung semut. Tak kiralah makanan tu sedap atau tak yang penting ikut trend, betul ke macam tu? Sehingga ada yang sanggup memandu beribu batu semata-mata nak cuba makanan yang mungkin sedap mungkin tidak, yelakan tekak kita ni lain-lain.

3 Makanan viral yang korang patut cuba!

1,Coconut Briyani

Sumber: Food Malaysia

Korang pernah dengar tom yum kelapa je kan, korang belum pernah dengar lagi nasi bryani kelapa kan? haa meh nah bagitahu, sajian unik dan rare ni hanya boleh dapat di Tengga Briyani di Bandar Sri Damansara. Sama seperti tom yum kelapa, nasi bryani tersebut juga di letakkan di dalam buah kelapa. Disebabkan itu, hidangan ini mendapat sambutan orang ramai dan viral oleh kerana keunikkan cara hidangan yang lain dari yang lain, selalu orang letak atas daun pisang je kan.

2,Chun Malaysia

Sumber: klfoodie

Siapa gemar makanan Korea? ha ni ada satu lagi jajanan yang datang dari kota muzik pop. Chun merupakan sebuah hidangan roti yang membaluti sosej bersama-sama dengan keju atau boleh disebut sebagai “corndog”, min tak tahu kat mana yang cornnya mungkin dia berbentuk seakan-akan jagung. Hidangan ini perlu dimakan ketika ia panas, ketika cheese sedang cair barulah boleh tarik panjang-panjang.

Chun sudah pun membuka cawangannya di pusat membeli-belah seperti Paradigm Mall, Pavillion Kl, Times Square dan beberapa tempat lagi. Anda boleh saja pergi ke mall yang berdekatan untuk menikmati rasa creamy dan crispy hidangan tersebut. Selamat mencuba!

3, Ayam kicap 3 budak gemuk

Sumber: TheFoodBunny

Peminat makanan pedas, ini untuk anda. pada sesiapa yang gemar dengan makanan yang pedas korang boleh lah cuba 3 budak gemuk ni. Nasi yang di hidangkan dengan ayam kicap bersama sambal yang gila padu membangkitkan selera anda, fuh keluar peluh jantan beb. Sambal dia memang padu, korang yang belum cuba boleh cuba, confirm tak kecewa punya.

3 Budak Gemuk sudah pun membuka beberapa cawangan di sekitak Selangor dan Kuala lumpur. Tempat yang korang boleh pergi bila dah teringin sangat kan, korang boleh pergi singga di Shah Alam Section 18, Seksyen 10 Wangsa Maju dan Desa Sri Hartamas.

Macam mana? korang terliur tak? Kalau terliur bolehlah ajak bf/gf korang pergi makan. Apa tunggu lagi “Grab your key and drive your car” pergi serang tempat-tempat ni sekarang.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here