Sumber: Google

Travnik merupakan ibu kota pertama Bosnia sebelum Sarejevo. Untuk sampai ke travnik, ianya mengambil masa selama 1jam dari ibu kota Bosnia kini iaitu Sarejevo. Sesiapa yang pernah ke Bosnia pastinya telah menjejakkan kaki dan menghirup udara Travnik. Travnik menjadi ibu kota Bosnia sejak zaman pemerintahan Uthmaniyah iaitu pada 1699 hingga 1850.

Sejarah telah pun membawa Travnik terlalu jauh hingga ke zaman Sultan Muhammad Al-Fatih, boleh juga disebut dalam bahasa Turkey iaitu Fatih Sultan Mehmet. Nabi Muhammad S.A.W pernah membicarakan soal Sultan Muhammad AL-Fatih dalam hadis baginda iaitu “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah pemerintahannya adalah sebaik-baik pasukan”- Hadis Iman Ahmad. Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuka Istanbul pada tahun 1453 dan seterusnya membuka kota Bosnia.

Kota yang pertama beliau sampai setelah membuka Kota Bosnia ialah Kota Travnik yang merupakan Ibu Kota Bosnia ketika itu. Plava Voda atau dalam bahasa mudahnya ialah air yang biru merupaka sebuah sungai dan lebih menarik lagi terdapat kedai kopi bersebelahan sungai tersebut.

Sumber: Pinterest

Sebaik sahaja tentera Uthmaniyah kalah dalam sebuah peperangan, mereka telah meninggalkan kota tersebut dan di ambil alih oleh sebuah empayar empayar lain iaitu Austro-Hungarian pada tahun 1878. Industri perkayuan merupakan tunjang utama pada ketika itu di Travnik.

Di kota ini lah sejarah seoarang pemuda bernam lutfi seorang tukang kayu yang telah terjatuh cinta dengan seorang anak gabenor bernama marry. Disebabkan itu, Lutfi telah pun hilang perkerjaan. Dia kembali di kedai kopi yang selalu dia singgah. Simpati dengan keadaan Lutfi ni, Boss kedai kopi tersebut mengarahkan pekerja beliau untuk memberikan rokok dan secawan kopi setiap kali dia datang.

Sumber: Google

Jika korang pergi ke Travnik dan Lutvina Kava, korang trylah order coffee lutfi. Mereka akan hidangkan secawan kopi dan sebatang rokok. Menariknya tradisi ini masih diteruskan hingga kini.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here