TANJONG KARANG: Seorang penunggang motosikal dikhuatiri lemas selepas terjunam ke dalam tali air di Jalan Ban Kenal, Parit 2, Sungai Burong, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.33 malam, Mohd Hafiz Rohizan, 21, dipercayai gagal mengawal motosikal sebelum terjunam ke dalam air.

Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Muhd Raffanjani Rahim, berkata pihaknya menyelamatkan mangsa selepas menerima panggilan kecemasan.

PENDUDUK kampung melakukan usaha mencari penunggang motosikal, Mohd Hafiz Rohizan yang dikhuatiri lemas selepas terjunam ke dalam tali air di Jalan Ban Kenal, Parit 2, Sungai Burong, semalam. NSTP/Ihsan Pembaca

“Siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terjunam ke dalam air,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau berkata, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Sejurus tiba, motosikal mangsa dibawa naik penduduk kampung yang tinggal berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menutup kunci air susulan arus deras menyukarkan operasi dan operasi ditangguhkan jam 4 pagi.

“Operasi disambung semula jam 9.40 pagi membabitkan Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) dari BBP Pelabuhan Klang dan BBP Shah Alam.

“Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here