Madrid – Ayam tambatan bagi pasukan Juventus, Cristiano Ronaldo yang hadir untuk melihat bekas pasukannya Real Madrid menentang musuh tradisinya sejak berkurun iaitu Barcelona. Perlawanan ini juga terkenal dengan gelaran “El Clasico

Ronaldo yang turut dilihat berada di tempat duduk VVIP menonton perlawanan antara Real Madrid dan Barcelona yang dimana keputusan akhir perlawanan memihak pada Real Madrid dengan kemenangan 2-0 ke atas Barcelona.

Dikhabarkan Ronaldo memasuki bilik persalinan Real Madrid semasa rehat separuh masa pertama bagi memberi semangat kepada bekas rakan sepasukannya. Pada ketika itu, Real Madrid dan Barcelona menemui jalan buntu untuk mencari gol pada separuh masa pertama. Dengan magis dan Aura Ronaldo, Real Madrid berjaya menghasilkan dua gol hasil dari sepakan pemain muda Vinicius Junior dan juga Diaz di separuh masa kedua dan masa kecederaan.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here