Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair sudah pasti memberikan tamparan hebat buat Bunga Citra Lestari di atas kehilangan suami tercintanya. Bukan mudah untuk memulakan langkah meneruskan kehidupan apabila kenangan serta memori indah bersama insan yang telah pergi selama-lamanya masih segar di ingatan.

bunga citra lestari menangis

Walaupun masih dalam fasa berduka, BCL tetap memastikan dirinya sentiasa profesional dalam pekerjaan. Selepas membuat persembahan di konsert Ronan Keating pada Sabtu lalu, penyanyi itu kembali menggalas tugas sebagai juri di Indonesian Idol.

Dilihat hadir di malam Result & Reunion Show Indonesian Idol X di Studio RCTI, Jakarta Barat. BCL yang mengenakan pakaian hitam dengan solekan nipis mendapat ‘standing ovation’ dari penonton sebaik sahaja masuk ke studio.

Namun begitu, BCL tidak dapat menahan sebak dan lalu menangis apabila mendengar persembahan daripada Judika yang menyanyikan lagu terbarunya berjudul ‘Tak Mungkin Bersama’.

Menangis teresak-esak

Menurut Judika, lagu berkenaan seakan ada kaitan dengan apa yang dilalui BCL kerana ia mengisahkan tentang kehilangan insan tersayang.

BCL yang berada di kerusi juri dilihat beberapa kali mengesat air mata dan terlalu sedih sehingga satu ketika dirinya tertunduk menahan tangis.

Judika juga dilihat seakan sebak dengan suasana pilu itu dan selepas selesai menyanyi dia memberikan pujian kepada BCL kerana menjadi seorang wanita yang kuat dan tabah.

bunga citra lestari

Pemergian Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari nyata mengejutkan industri hiburan Malaysia dan Indonesia kerana sebelum ini arwah tidak mempunyai sebarang rekod penyakit kronik.

Sumber : Beautiful Nara

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here